Rabu, 18 November 2009

Bersawang

"Blogku bersawang"

blogku yang bersawang

Memang dah lama saya tak update blog ini. Entri terakhir ialah lebih sebulan yang lalu. Malas ada, tak sempat pun ada. Bila bahan-bahan seperti malas dan tidak sempat diadun dan dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau, memanglah teruk. Hinggakan ada seorang pembaca "parithah" menyuruh saya update blog ini. Terima kasih saudara/saudari kerana mengingatkan saya yang maha malas ni.

Perangai buruk ni timbul kemungkinan disebabkan oleh terlalu banyak kerja yang patut dilangsaikan dahulu. Dan masa yang lapang tu banyak dihabiskan dengan ke hulu ke hilir dengan tugas rasmi yang tidak berapa rasmi. Kalau ada meeting, terpaksalah datang, kalau ada program yang melibatkan orang VIP terpaksa ler hadir. Kalau tidak hadir, mulalah disoal, kenapa tidak hadir.

Sekarang musim hujan, tiap-tiap petang ditempat kita ni hujan, langit pun mendung, tengok awan hitam dilangit memanglah takut. Di utara sudah pun banjir, mungkin tidak berapa lama lagi akan melanda pula ke Johor. Dan bila ia sampai ke mukim 4, ah...memanglah dah teruk. Ini kerana ini sudah memang tugas saya yang tidak rasmi untuk mengendalikan mangsa banjir.
Pada musim banjir yang lepas, saya kena tugas hingga 3 bulan. Orang yang banjir dah pun balik ke rumah, tapi kita kena lagi kerja. Apa nak dikata.

Janji seorang pembesar negeri Johor dalam ucapannya di Parit Sulong, bahawa petugas-petugas banjir akan diberi elaun penat. Tapi hingga sekarang, sampai nak banjir lagi, habuk pun tak ada. (Dia yang janji, bukan kita yang minta).

Ah..cukup kali ini,nanti jemu pulak orang baca. (Kalau ada yang baca. Blog ni pun tidak ramai yang nak sudi baca.)

Wasallam.

YB yang satu ni memang ligat habis...syabash Datuk...teruskan !



Sekian buat kali ini.

Tiada ulasan: