Selasa, 10 Februari 2009

Pesta Bola Mukim Empat, Batu Pahat.






Di sekitar hari penyampaian hadiah Pesta Bolasepak Tujuh Sebelah Mukim 4, Batu Pahat.


                      YB. Datuk Noraini memberi ucapan.




   Pesta Bolasepak Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat.


Majlis penyampaian hadiah Pesta Bola Sepak Anjuran bersama JKKM Mk. 4  dan
JKKK Kg. ParitPuasa, telah disampaikan oleh YB Datuk Noraini, Ahli Parlimen Parit Sulong, pada jam 10.00 pagi 8hb. Februari 2009. 

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Parit Sulong, En. Zulkarnain Bin Haji Kamisan dan Penghulu Mukim 4, Simpang Kiri Encik Nor Rafizan Bin Abdul Rahman.
 

Pesta bolasepak yang julung- julung kali diadakan di kampung itu telah disertai oleh beberapa buah pasukan dari kawasan Mukim 4, Batu Pahat.  Sebelum majlis penyampaian hadiah dijalankan, satu perlawanan persahabatan diantara Pasukan Bola sepak Ketua-ketua Kampung Mukim 4 dan Pasukan JKKM Parit Puasa telah diadakan.

Dalam ucapan di majlis tersebut, YB Noraini Ahmad menyeru supaya Ketua-ketua Kampung dan penduduk kampung agar dapat menjaga kesihatan seperti bersenam atau bermain bola agar kesihatan badan setiasa di dalam keadaan baik. Beliau memuji pasukan Ketua Kampung Mukim 4, masih lagi dapat bermain bolasepak walaupun sudah berumur lebih dari lima puluh tahun. Beliau kagum apabila melihat Ketua-Ketua Kampung Mukim 4, walaupun sudah lanjut usia, tetapi masih boleh bermain bolasepak. Ini menunjukan tahap kesihatan mereka masih dalam keadaan yang amat baik.

Beliau juga berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang. Sebelum beliau beredar, satu pertandingan bermain layang-layang Wau juga telah diadakan di padang tersebut.

Hadiah kemenangan pertandingan telah disampaikan oleh YB. Datuk Noraini Ahmad sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong dan juga juga Encik Zulkarnain Bin Haji Kamisan sebagai Ketua Pemuda Parit Sulong.



Di  sekitar majlis penyampaian hadiah.
                                                                                      
                                                        
   
      
                                           Ucapan Tok Penghulu

 
         Berbincang dengan Penghulu Mukim 4, Batu Pahat.

Pertandingan Wau



Orang kampung turut hadhir 


Bersama Johan Pertandingan




Ahad, 8 Februari 2009

Kata-kata berhikmah:



  UNTUK RENUNGAN BERSAMA:

1."Kegagalan itu merupakan satu kesempatan untuk mendapatkan peluang yang     lebih baik."
    (Henry Ford).

2."Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cukamerosakkan madu."
    (Nabi Muhammad SAW ).

3. "Bukan cita-cita namanya kalau hanya dengan kata-kata. "
     ( Darwin )

4. "Orang yang sombong dan bongkak tidak akan mengaku kesalahan dirinya,            sebaliknya sentiasa mencari kesalahan orang lain."
     (Fikirin Sendiri). 

5.  "Orang yang mabuk, sentiasa memikirkan bahawa perbuatannya itu sentiasa        betul walaupun apa yang dilakukan itu ternyata salah, dan sentiasa menya-
     lahkan orang lain walaupun perbuatan orang lain itu ternyata betul.
     (Fikrin Sendiri)




      

Sabtu, 7 Februari 2009

AJK /JKKM MUKIM SIMPANG KIRI.




              YB DATUK NORAINI AHMAD

 
Dimaklumkan bahawa ahli JKKM Mukim Simpang Kiri adalah di tadbir oleh AJK yang terdiri dari seorang Penghulu dan 22 orang Ketua Kampung. Anda bolehlah mengenali melalui gambar slide yang tertera di dalam entri di bawah.

Aktiviti K- Bistari Mukim 4.

 Satu majlis penyampaian hadiah sukaneka K-Bistari Mukim 4, akan diadakan pada hari Ahad 8.02.2009 di Parit Puasa, Jalan Spg. Lima Pt. Sulong, Batu Pahat. Majlis akan dihadiri oleh Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong,iaitu YB. Datuk Noraini Bte Ahmad. 

Selepas itu satu majlis penyerahan kunci rumah kepada PPRT Encik Ismail Bin Marjan di Kampung Pt. Maimon akan diadakan pada jam 11.00 pagi.


Sekian.

 

Isnin, 2 Februari 2009

KURSUS KETUA-KETUA KAMPUNG BATU PAHAT







     ALBUM KENANGAN SEMASA KURSUS KEPIMPINAN  BERINTEGRITI  
     DI DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2009. 

                      BEREHAT DI LOBI

                                            DENGAR JANGAN TAK DENGAR


          
  •           KALAU TERASA DAHAGA  BOLEH MINUM
Firman Allah (Al Maidah :8), "Wahai orang yang beriman ! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah & menerangkan kebenaran. Jangan sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak berlaku adil."




KURSUS KEPIMPINAN BERINTEGRITI KETUA KAMPUNG DAERAH BATU PAHAT.

Satu kursus "Kepimpinan Berintegriti Ketua Kampung " daerah Batu Pahat telah diadakan di Hotel Katerina Batu Pahat pada 30.31 Januari hingga 1 Februari 2009.

Kursus anjuran Institut Integriti, Kepimpinan Dan Latihan semangat (IKLAS) Yayasan Warisan Johor itu telah di hadiri oleh 152 ketua-ketua kampung Daerah Batu Pahat.


                                                     Ustaz Haji Abu Bakar Bin Selamat

Sebahagian besar Ketua Kampung dari Mukim Simpang Kiri (Mk. 4 ) telah menghadiri kursus tersebut.

Diantara tajuk-tajuk yang di beri perhatian di dalam kursus tersebut ialah:




                                                           ASYIK MENDENGAR CERAMAH


1. Kepimpinan berintegriti.
2. Kefahaman mengenai " Keluarga Sakinah."
3. Pemimpin & Kepimpinan.
4. Memerangi Rasuah Dan Salahguna Kuasa.
5. Integriti dalam perspektif Agama.
6. Peranan Ketua Kampung Dalam Membudayakan Integriti.



                                        SALAH SEORANG PEGAWAI IKLAS

Majlis penutupan rasmi kursus serta penyampaian sijil penyertaan, telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Yahya Bin
Mohd Salleh.

Semoga kursus tersebut dapat dimanafaatkan oleh semua ketua-ketua kampung di daerah Batu Pahat.

Dicatat oleh Sukimpat pada 22.2009.