Ahad, 27 Disember 2009

Aktiviti Di Parlimen Parit Sulong.

Beberapa aktiviti telah diadakan di kawasan Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat pada hari Sabtu 26 hb. Desimber, 2009.

Diantara aktiviti-aktiviti yang sempat saya ikuti ialah "Aktiviti Senaman Poco-Poco" yang telah diadakan di Dataran Benteng, Peserai pada jam 8.00 pagi. Aktiviti ini adalah anjuran Ahli Parlimen Parit Sulong, iaitu Datuk Noraini Bte Ahmad. Turut serta dalam aktiviti ini ialah ADUN Semerah Datuk Ariss Bin Samsuddin.

diantara yang turut serta

senaman diiringi dengan muzik poco-poco

ahli parlimen besama suami

Peserta poco-poco merakam kenangan bersama YB Datuk Noraini.

Pada sebelah malamnya pula diadakan Majlis Keraian Konsep1 Malaysia yang diadakan di Kampung Bintang, Mukim 3 Batu Pahat. Majlis diserikan dengan tarian Zapin, tarian dari kaum India, juga tarian dari Kaum Cina. Kumpulan Kembara Zapin PPNJ, Johor, telah memeriahkan lagi malam tersebut. Para hadirin juga telah berpeluang mendengar nyanyian pelakon yang terkenal dengan gelaran "anjang aki" yang secara kebetukan pada siangnya telah mengadakan shooting sebuah drama di kampung tersebut.

Kembara Zapin PPNJ

Tarian dari Kaum Cina

Tarian dari Kaum India

Datuk sedang di temuramah oleh krew RTM

Tarian Zapin

Pelakon Baharuddin Hj. Omar turut menyanyi

Zapin lambak

Penyanyi veteren & Kembara Zapin M. Mustaffa.



Ahad, 13 Disember 2009

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR

Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.

Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Parit Sulong Batu Pahat telah dilancar dan dirasmikan oleh YB Datuk Noraini Bte Ahmad pada 13.12.2009. Majlis anjuran Jabatan Alam Sekitar negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Parit dan Saliran telah diadakan di Perhentian Mahkota, Parit Simin, Batu Pahat, Johor.

Perasmian oleh YB Datuk Noraini Ahmad Ahli Parlimen Pt. Sulong


Turut serta dalam majlis tersebut ialah ADUN Semerah Tun Haji Datuk Ariss Bin Samsuddin, Penghulu Mukim,Ketua Kampung, Ketua masyarakat serta penduduk tempatan dan penduduk setempat.

Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan suatu pendekatan yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke arah usaha yang berterusan untuk membangunkan kesedaran dan mengerakan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.


Imej-imej di sekitar majlis pelancaran RAS


Di gerai kraftangan dari akhbar lama

berminat dengan kraftangan dari akhbar lama


Datuk Ariss menanam pokok sebagai kenangan program RAS


Datuk Noraini Bte Ahmad turut serta menanam pokok sebagai kenangan


Tok Rafizan Abd Rahman Penghulu Mukim 4



Beraksi untuk kenangan



asyik mendengar penerangan mengenaai pentingnya alam sekitar.

Selasa, 8 Disember 2009

Kehidupan:

DUNIA UMPAMA LAUTAN YANG LUAS
KITA ADALAH UMPAMA KAPAL YANG BELAYAR DILAUTAN.
TELAH RAMAI KAPAL KARAM DI DALAMNYA.
ANDAI MUATAN KITA ADALAH IMAN
DAN
LAYARNYA TAQWA
NESCAYA KITA AKAN SELAMAT DARI TERSESAT DI LAUTAN HIDUP INI.

Isnin, 23 November 2009

Parit Sulong Treasure Race 2009.

Parit Sulong Treasure Race 2009.

YB Datuk Noraini Ahmad membuat pelepasan acara

Acara "Parit Sulong Treasure Race 2009" telah diadakan pada hari Ahad 22hb November 2009 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong dengan kerjasama Equity Force Sdn Bhd, Pejabat UMNO Parit Sulong dan Puteri Parit Sulong. Sebanyak 26 pasukan telah menyertai acara tersebut.
Pelepasan acara ""Parit Sulong Treasure Race 2009"telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Datuk Noraini Bte Ahmad di hadapan Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.

Pemenang pertama dalam acara tersebut ialah Pasukan Puteri AAK Parit Sulong, Kedua Pasukan Tekun Parit Sulong dan Ketiga ialah Pasukan Sejagung Boleh. Hadiah telah disampaikan oleh Wakil Parlimen Parit Sulong YB Datuk Noraini Bte Ahmad.

Bergambar kenangan sebelum acara dimulakan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aktiviti dijalankan semasa acara Treasure Race




Pasukan 1 Malaysia



Para pemenang dalam acara tersebut




Jumaat, 20 November 2009

Program PESAN - Adun Semerah/ Mukim 4.

YB Datuk Haji Ariss Samsuddin ADUN Semerah

Malam 14.11.2009 telah diadakan satu program baru yang dinamakan "Program Permuafakatan Adun Semerah Bersama Rakyat", yang julung-julung kali diadakan di balairaya Kampung Asam Kumbang Mukim 4, Batu Pahat.

Program ini yang diilhamkan oleh YB Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin telah dihadiri oleh YB Datuk Ariss Bin Samsuddin, Encik Samsuri (wakil khas Dato' Noraini Ahmad) , Encik Norafizan Bin Abd. Rahman (Penghulu Mukim 4), Ketua Kampung Kawasan Asam Kumbang Encik Othman Dayan, Encik Sudin Ahmad, serta penduduk kampung.

Program ini bertujuan untuk menerima aduan-aduan tentang masalah pembangunan kampung serta lain-lain perkara yang dapat membantu penduduk dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Dari input-input yang diterima, maka segala masalah sedapat mungkin diselesaikan dengan prosedur yang betul dan teratur.

Dalam ucapannya, YB Datuk Ariss Bin Samsuddin akan menjelajah ke segenap kampung dalam kawasannya serta mendengar segala permasalahan yang dihadapi dan cuba akan menyelesaikannya dimana yang boleh.

Orangkampung mengutarakan aduan

Encik Samsuri wakil khas YB Datuk Noraini Ahmad Ahli Parliman Pt Sulong


Rabu, 18 November 2009

Bersawang

"Blogku bersawang"

blogku yang bersawang

Memang dah lama saya tak update blog ini. Entri terakhir ialah lebih sebulan yang lalu. Malas ada, tak sempat pun ada. Bila bahan-bahan seperti malas dan tidak sempat diadun dan dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau, memanglah teruk. Hinggakan ada seorang pembaca "parithah" menyuruh saya update blog ini. Terima kasih saudara/saudari kerana mengingatkan saya yang maha malas ni.

Perangai buruk ni timbul kemungkinan disebabkan oleh terlalu banyak kerja yang patut dilangsaikan dahulu. Dan masa yang lapang tu banyak dihabiskan dengan ke hulu ke hilir dengan tugas rasmi yang tidak berapa rasmi. Kalau ada meeting, terpaksalah datang, kalau ada program yang melibatkan orang VIP terpaksa ler hadir. Kalau tidak hadir, mulalah disoal, kenapa tidak hadir.

Sekarang musim hujan, tiap-tiap petang ditempat kita ni hujan, langit pun mendung, tengok awan hitam dilangit memanglah takut. Di utara sudah pun banjir, mungkin tidak berapa lama lagi akan melanda pula ke Johor. Dan bila ia sampai ke mukim 4, ah...memanglah dah teruk. Ini kerana ini sudah memang tugas saya yang tidak rasmi untuk mengendalikan mangsa banjir.
Pada musim banjir yang lepas, saya kena tugas hingga 3 bulan. Orang yang banjir dah pun balik ke rumah, tapi kita kena lagi kerja. Apa nak dikata.

Janji seorang pembesar negeri Johor dalam ucapannya di Parit Sulong, bahawa petugas-petugas banjir akan diberi elaun penat. Tapi hingga sekarang, sampai nak banjir lagi, habuk pun tak ada. (Dia yang janji, bukan kita yang minta).

Ah..cukup kali ini,nanti jemu pulak orang baca. (Kalau ada yang baca. Blog ni pun tidak ramai yang nak sudi baca.)

Wasallam.

YB yang satu ni memang ligat habis...syabash Datuk...teruskan !



Sekian buat kali ini.