Rabu, 15 Julai 2009

Pembersihan Sungai Simpang Kiri


Kerja-kerja bembersihan Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat.

Banjir besar telah melanda kawasan Pt. Sulong Batu Pahat Johor 3 tahun yang lepas. Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah kewangan yang banyak agar
banjir yang melanda kawasan-kawasan di sekitar Pt. Sulong tidak berulang lagi.

Sungai Simpang Kiri yang semak akan dibersihkan dan di sedut lumpur


Penghulu Mukim Empat meninjau kerja-kerja pembersihan
bersama Ketua Kampung Parit Puasa.

Kerja-kerja sedang dijalankan di kuala sungai Parit Puasa

Dan pada jam 4.00 petang 15.07.2009, Penghulu Mukim 4, Batu Pahat Encik Nor Rafizan Bin Abd. Rahman telah meninjau ke kawasan tersebut diiringi oleh Ketua Kampung Parit Puasa, Batu Pahat Johor Encik Sukono Tumiran.