Khamis, 27 Oktober 2011

PERTANDINGAN ANUGERAH KOMUNITI 1 MALAYSIA 2011.



Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat, Johor telah dipilih mewakili Daerah Batu Pahat dalam Pertandingan Anugerah Komuniti 1 Malaysia Tahun 2011.
Tok Penghulu Mukim 4, Simpang Kiri, Tok Selamat Bin Mohammad serta anak buahnya telah bertunkus lumus membuat persediaan dalam pertandingan itu. 

Dan pada hari Rabu 26.10.2011, Panel Hakim Pertandingan telah datang melawat ke Anjung Bestari / Kompleks Penghulu Mukim 4, untuk membuat penilaian. Pemenang dalam pertandingan ini akan mewakili Negeri Johor dalam Pertandingan KIM  Peringkat Kebangsaan.





Membuat persiapan terakhir.



Ketibaan Panel Hakim Pertandingan

Bersalam-salaman dengan Ketua Kampung Mk. Simpang Kiri.

Panel Hakim Mengambil Tempat

Encik Zainuddin Samad Mengendalikan Slight

 
Haji Sulaiman Ramlan Juruacara

Hj. Mohd Said Kamuri-membaca doa

 
Penghulu Mukim Simpang Kiri memberi ucapan alu-aluan
dan memberi taklimat KIM.

Sebahagian dari Ketua Kampung Mk. 4.

Ketua Panel Hakim

Puan Amah Yunus-Pegawai Penerangan Daerah.

Panel Hakim

Panel Hakim

Panel Hakim


Berbincang sesama para panel.

Ketua Panel Hakim memberi Ulasan.






Penyampaian cenderahati oleh SU Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat.

Dewan Kompleks Penghulu





Jamuan selepas majlis.

Selasa, 27 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H Mukim 4.Batu Pahat.

Disekitar majlis tersebut yang telah diadakan pada 26hb. September, 2011 
bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor.


Majlis turut meraikan bakal-bakal haji serta meraikan Ketua-Ketua Kampung yang bersara.
Ketua Kampung yang akan menunaikan haji ialah Encik Ahmad Erpan,Ketua Kampung Sentang Batu dan Encik Saim Sameon, Ketua Kampung Lubuk Utara. Sementara Ketua Kampung yang bersara ialah Tuan Haji Musnaim Bin Musa mantan Ketua Kampung Parit Othman dan Encik Ahmad Bin Sumadi, mantan Ketua Kampung Parit Lapis Maimon.


 Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB. Dato' Haji Ahmad Zahri Bin Jamil, 
ADUN Seri Medan, Batu Pahat./ Exco Kerajaan Negeri Johor.

Isteri Ketua Kampung turut hadir.

Bacaan marhaban memulakan majlis. 

Tetamu dan para jemputan.

 YB Dato' Ahmad Zahri Jamil memberi ucapan.

Tok Penghulu Mukim 4, memberi uapan alu-aluan.


Penyampaian saguhati kepada bakal haji.


Kepada bakal-bakal haji kami mendoakan agar anda dapat mengerjakan fardu haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. Kepada Ketua Kampung yang bersara, diucapkan selamat bersara. Segala jasa anda, sentiasa dalam kenangan.


*******************************************************



Jumaat, 26 Ogos 2011

Tadarus dan Khatam Alquraan Peringkat Daerah 2011


Seperti tahun- tahun lepas, ahli-ahli Jawatankuasa  JKKM Mukim 4, Simpang Kiri, 
 Batu Pahat tidak  ketinggalan mengambil bahagian dalam Majlis Tadarus dan Khatam Alquraan peringkat Daerah. Majlis pada tahun ini telah diadakan pada hari Khamis 25.8.2011 bertempat di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.


Pemandangan masjid di waktu senja


Tok Penghulu mengetuai Tadarus-Kena giliran membaca 
Juzuk 25.



 
Berselawat selepas Khatam.


 Menunggu waktu berbuka.



 Semoga bertemu lagi pada Ramadhan tahun akan datang

INSA'ALLAH.


Jumaat, 19 Ogos 2011

JKKM MUKIM 4, BERSOLAT TARAWEH DI MASJID BATU PUTEH LAUT, PT. SULONG, BATU PAHAT.

Masjid Jamek Kampung Batu Puteh Laut, Mukim 4, Parit Sulong, BP merupakan masjid yang keempat tersenarai  dalam Siri Lawatan dan Solat Taraweh  Bersama penduduk setempat  oleh AJK -JKKM Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat bagi tahun 2011.

Tanda nama di tembok  masuk

Ketua Kampung memberi ucapan dan kata aluan.


Ucapan oleh Tok Penghulu Mukim 4, Batu Pahat
Tok Selamat Bin Mohammad.


Solat Isyak dan diikuti dengan solat Taraweh


Cepat-cepat snap, takut tertinggal rakaat nanti.


Ku pohon doa agar semuanya dalam selamat.


Hidangan menanti dengan setia.


Diantara qariah yang hadhir.

Dalam Tahun 2011 ini, hanya empat buah masjid sahaja yang dapat disenarai untuk siri Lawatan dan Solat Taraweh bersama penduduk setempat.
Insaallah ,tahun hadapan program ini akan diteruskan dan akan ke masjid-masjid yang lain .