Isnin, 30 Mac 2009

AJK Pemadam Mukim 4, Batu Pahat.


MESYUARAT PEMADAM MK. 4.






Mesyuarat AJK Pemadam Mukim 4, Simpang Kiri, Pt Sulong.

Satu mesyuarat AJK Pemadam Peringkat Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat telah diadakan pada hari Isnin 30hb. Mac 2009 pada jam 3.00 petang di Kompleks Penghulu Mukim 4, Batu Pahat.

AJK berbincang untuk membuat cadangan dan usul-usul untuk di bawa ke mesyuarat peringkat Daerah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Pemadam Peringkat Mukim 4, ialah Datuk Penghulu  Encik Nor Rafizan Bin Abd. Rahman, manakala setiausahanya ialah Encik Suliaman Bin Jailani, Ketua Kampung Parit Mohammad, Parit Sulong, Batu Pahat.



Di sekitar bilik mesyuarat


Dilapor oleh SUkimpat.


Jumaat, 13 Mac 2009

Tautan Kasih Jalinan Muhibah (Amal Bil Hal).

TAUTAN KASIH JALINAN MUHIBBAH:


          UCAPAN OLEH PEGAWAI TADBIR AGAMA BATU PAHAT

ASALAMUALAIKUM:

Pada entri yang lepas, dinyatakan bahawa Program Amal Bil Hal anjuran Pejabat Agama Daerah Batu Pahat dengan kerjasama JPMM DUN Seri Medan dan JKKM Mukim 4 pada 12.03.2009.

Alhamdulillah program tersebut telah dapat dijalankan dengan jayanya seperti yang dirancang. Program tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai, Pekan Parit Sulong, Batu Pahat dan telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Seri Medan, Batu Pahat, iaitu Dato' Haji Ahmad Zahri Bin Jamil.

Diantara program yang dapat saya ikuti ialah majlis perasmian, zairah kasih dan Program Pengurusan Jenazah. Program pengurusan Jenazah lelaki telah dijalankan di Surau Al Jabar, Parit Sulong dan Program Pengurusan Jenazah Perempuan telah dijalankan di Dewan Kompleks Penghulu Mukim 4, di Parit Raja Ahmad, Parit Sulong.


        
                                           TETAMU KEHORMAT

                        ZIARAH KASIH (LAPIS MAIMON)       
                         
                                  KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (WANITA)                                                    
        
                                                    PENGURUSAN JENAZAH (LELAKI)

              ZIARAH KASIH KE RUMAH KELUARGA KURANG BERADA ( Kg. Mampan Laut)

              ZIARAH KASIH ( Kg. Asam Kumbang)

Seramai 27 keluarga telah di kunjungi semasa program ziarah kasih.Setelah melihat keadaan keluarga tersebut, tindakan lanjut akan dibuat untuk memastikan bahawa keluarga tersebut mendapat pembelaan yang sewajarnya.







Isnin, 2 Mac 2009

PROGRAM AMAL BIL HAL TAHUN 2009M/1430H.


PROGRAM AMAL BIL HAL
MUKIM 4, SIMPANG KIRI, BATU PAHAT, JOHOR.



                  MESYUARAT AJK SAMBUTAN PADA 2.3.2009 


  PERLAKSANAAN
PROGRAM AMAL BIL HAL
TAHUN 2009M/1430H

Anjuran bersama:
        
1. Pejabat Pendidikan Agama Daerah.
2. Pejabat Pelajaran Daerah.
3. Pejabat Kesihatan Daerah/ Prostar.
4. NGO's, HELWA, PUSPANITA dll.
5. Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim Dun Seri Medan.
6. Penyelaras Masjid & Surau Daerah
7. Pengerusi dan AJK Masjid dan JKKK.

Tempat : Majlis perasmian di Dewan Orangramai, Parit Sulong.
Hari / Tarikh : Khamis 12.03.2009.
Jam : 9.00 pagi.

       
Objektif:

1. Memberi pendedahan kepada masyarakatakan kepentingan merujuk                    sebarang masalah ke saluran yang betul.
2.Memperjelaskan kepada masyarakattentang peranan Pejabat Agama                    dalam menanagi masalah umat Islam.
3.Membantu dan membimbing masyarakat untuk mengenal, fungsi dan                  peranan atau bidang kuasa yang ada pada Pejabat Agama dalam usaha              membantu mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman umat                      Islam terhadap cara hidup beragama.

Bentuk Program :

1. Unit pembangunan keluarga- Aduan rumahtangga,lawatan/ziarah dan motivasi.
2. Unit pengurusan masjid/ Briged Ansor - lawatan ke surau dan masjid,                 gotong-royong.
3. Bantuan Majlis Agama Islam / Kaunter Zakat dan Saham Wakaf Johor.
4. Anak soleh titian ke syurga ( Pelajar hard core).
5. Modul Ibu Hamil.
6. Kelas Tahsin Imam dan Surau.

       
Sasaran :

1. Imam masjid / Surau.
2. Pemimpin masyarakat.
3. Pelajar sekolah menengah.
4. Pelajar sekolah agama.
5. Keluarga bermasalah.
6. Ibu-ibu hamil.
7. Masyarakat setempat.
8. Kaum belia / ibubapa.

      
Kaedah perlaksanaan:

1. Ceramah anak soleh titian ke syurga. (Pelajar Hard Core ).
2. Gotong-royong.
3. Kaunseling kelompok.
4. Ceramah ibu hamil.
5. Ziarah kasih.
6. Kaunter perkhidmatan.
7. Tahsin Imam Masjid dan Surau.

       
Tempat  perlaksanaan :

1. Pengenalan Program Amal Bil Hal - Dewan Orangramai Parit Sulong,Batu Pahat.
2. Gotong-royong- Kampung Lubok Utara. ( Sebelah petang)
3. Kaunter perkhidmatan - Dewan orangramai Parit Sulong, Batu Pahat.
4. Kaunseling Kelompok - Dewan SMK Dato' Sulaiman Pt Sulong, Batu Pahat.
5. Ziarah Kasih  - 27 buah kampung dalam Mukim 4 dan Mukim 18.
6. Ceramah Anak Soleh Titian Ke Syurga -  Dewan SMK Dato' Sulaiman.
7. Kursus Pengurusan Mayat :  ( lelaki ) Surau Al Jabar, Pt Sulong.Jam 2.00 ptg.
    ( Perempuan ) Kompleks Penghulu Mk. 4, Batu Pahat. (Jam 2.00 ptg).
8. Tahsin imam surau dan masjid (Masjid Jamek Parit Sulong).


 ORANG RAMAI DAN PENDUDUK SETEMPAT ADALAH DI JEMPUT HADIR.         




  KETUA KAMPUNG MUKIM 4 DAN MUKIM 18 TURUT SERTA   


BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM