Sabtu, 24 Januari 2009

Aktiviti K- Bistari (Khenduri Adat ).



Sebelum saya memulakan mengenai
Mukim 4, biarlah saya paparkan beberapa keping gambar kenangan yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh JKKM 4. Salah satu aktiviti yang telah dijalankan dalam Tahun 2008 ialah Majlis Khenduri Adat. Majlis ini telah diadakan di Masjid Jamek Parit Yusoff, Parit Jalil, Parit Sulong, Batu Pahat.

Dalam khenduri adat yang dijalankan di sini, satu majlis "potong jambul " telah diadakan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Penghulu Mukim 4, Ketua-ketua Kampung di dalam kawasan Mukim 4, dan juga penduduk tempatan. Turut serta dalam majlis tersebut ialah YB. Datuk Mohd. Zahri Bin Jamil, ADUN Kawasan Seri Medan, dan Pegawai- pegawai dari Pejabat Daerah Batu Pahat.




Tok Penghulu Mukim 4, Tok Nor Rafizan "memotong jambul" kanak-kanak.



Tuan Haji Musnaim Musa Ketua Kampung Parit Othman (baju kurung merah jambu).



Majlis tahlil dan " Bacaan  Yassin "  sebelum majlis potong jambul.



Beraksi untuk kenangan bersama ADUN Kawasan Seri Medan. YB. Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil.




Rabu, 21 Januari 2009

Salam perkenalan

ASSALAMUALAIKUM,

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, dapatlah kami mewujudkan blog khas untuk tatapan seluruh penduduk Mukim 4, dan juga kepada sesiapa yang sudi melayari halaman ini.

Kami akan cuba meyalurkan beberapa maklumat dan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan di Mukim 4,

Untuk maklumat bahawa Mukim 4, ialah salah satu mukim yang terdapat di dalam daerah Batu Pahat, Johor. Ditadbir oleh seorang Penghulu dan 22 orang Ketua Kampung.

Sekian untuk kali ini. Insya'allah kita akan bertemu di lain kali.

Sekian,wassallam.