Isnin, 22 Jun 2009

Keperihatinan terhadap golongan susah.

YB Datuk Noraini Ahmad dalam satu majlis bersama rakyat

Walaupun orangnya sederhana, tetapi semangatnya amat tinggi terhadap kewajipannya sebagai Ahli Parlimen. Beliau ialah YB Dato' Noraini Bte Ahmad. Ahli Parlimen Parit Sulong. Apa yang saya boleh perkatakan ialah semenjak dipilih sebagai AP, beliau sangat ligat menjelajah ke kawasannya di setiap waktu terluang yang ada. Banyak program yang diadakan di kawasan parlimen yang diwakilinya, seperti program menyusur akar, projek penternakan, pertanian dan industri kecil dan sederhana.

Program terbaru yang dilancarkan ialah memberi kursus ICT kepada semua ketua-ketua kampung di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong. Beliau berharap semua ketua-ketua kampung yang ada di dalam Parlimen Parit Sulong tidak ketinggalan dalam arus kemajuan ICT yang semakin pesat.



menziarahi yang sakit

bertanya kabar

aktiviti golongan remaja

golongan kurang berada

tindakan dari aduan penduduk mengenaai pencemaran bau busuk reban ayam


beramah mesra dengan anak-anak sekolah

program menyusur akar

gambar-gambar di atas dapat menerangkan segala-galanya.

Sabtu, 20 Jun 2009

Pasukan RELA Mukim Empat Simpang Kiri.


Logo Pasukan RELA

Pasukan RELA Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat yang mempunyai keahlian seramai 336 orang ahli telah membuka pejabatnya di Kompleks Penghulu Mukim 4, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada bulan April 2009 yang lalu.

Pasukan ini yang di ketuai oleh Kapten Mohd Sidek Bin Noradi serta dibantu oleh Lt. Jamian Bin Marjuki dan ahli-ahlinya telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat Mukim 4 serta masyarakat Batu Pahat amnya.

Dengan adanya pejabat RELA di Kompleks Penghulu Mukim 4 ini, diharap ianya dapat memberi khidmat kepada masyarakat dengan lebih berkesan lagi.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi anggota RELA bolehlah berhubung dengan pegawai RELA di pejabat tersebut.


Bergambar di hadapan Pejabat RELA Mukim 4, Batu Pahat.


PROGRAM INFO BESTARI



Puan Amah Bte Yunos-Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat.


Program Info Bestari Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Batu Pahat telah di adakan di Kompleks Penghulu Mukim 4, Parit Raja Ahmad, Parit Sulong, Batu Pahat pada hari Sabtu 20.6.2009, mulai jam 9.00 pagi.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, K-Bestari Mukim 4 dan 18 serta RELA Batu Pahat.

Program tersebut talah dirasmikan oleh Puan Amah Bte Yunos, Pegawai Daerah Batu Pahat. Antara objektif program tersebut ialah:-

# Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus dan mengurangkan birokrasi.
# Memberi khidmat secara langsung ke peringkat kampung/mukim agar masyarakat dapat menikmati khidmat yang diberikan oleh agensi-sgensi kerajaan.
# Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah utama rakyat.
# Merealisasikan Program Malaysia Perkasa satu rupa bangsa Malaysia yang bermaklumat dan bermaruah tinggi.
Program ini memfokuskan kepada penerangan tentang bahaya dadah dan pembasmiannya serta lain-lain mengenaai perpaduan Melayu.

Turuat serta dalam program tersebut dan telah memberi ceramah mengenaai "Bahaya dan Pembasmian Dadah" ialah :-

# Encik Md. Zulkifli Bin Ithnain - Pegawai AADK Daerah Batu Pahat.
# Sub. Inspt. Encik Mohd. Rawi Bin Elias- Dari IPD Batu Pahat (Bhg. Anti Narkotik),
# Encik Tajuddin Bin Abdullah - Pegawai PAROL Batu Pahat.

Pn Heliza Bt Mohd Taib selaku Pembantu Penerangan Daerah Batu Pahat, ialah orang yang telah mengambil peranan penting untuk menjayakan program ini.


Encik Mohd. Zulkifli Bin Ithnain -dari AADK Batu Pahat


Sub. Inspt. Encik Mohd Rawi Bin Elias dari IPD Batu Pahat

Pn. Heliza Bte Mohd Taib -Pembantu Penerangan


Mereka yang hadhir dalam program


Encik Tajuddin Bin Abdullah - Dari PAROL Batu Pahat.

Semoga program ini dapat menyedarkan kita tentang bahaya dadah dan perlu perpaduan dalam masyarakat Melayu.