Selasa, 20 April 2010





Aku benci......................
dengan sikap............................
LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

MANUSIA YANG PALING PATUT DIHORMATI IALAH ORANG YANG
MENGAKU KESALAHANNYA APABILA IA MEMBUAT SATU KESILAPAN.



Isnin, 19 April 2010

awan mendung semakin pekat

Nampaknya awan mendung semakin pekat dan hitam, mula menular ke luar kawasan, cahaya lampu yang diharapkan dapat menerangi kawasan telah dimatikan, membikin terus hitam dan gelap. Gelap dan gelap. Tanda-tanda ribut petir telah mula kedengaran. Sang buana sebahagian dari yang mencipta dan menyebabkan keadaan telah menyepi diri, mungkin terlena dek kesenakan perut.

Begitulah suasana alam, namun masaalah air tetap menjadi agenda seharian.



Khamis, 15 April 2010

Mega Mendung

Mega mendung


Mega mendung menyelubungi kawasan sekitar, tapi hujan belum turun, kalau turun pun hanya renyai-renyai sahaja. Dikhuatiri andai hujan turun dengan lebatnya, sudah tentu banjir akan melanda kawasan sekitar. Akibatnya keseluruhan kawasan akan banjir , mungkin akan lebih dahsyat dari banjir 2007.

Carilah jalan agar mendung hitam yang menanti di angkasa tidak turun dengan sekadar, agar semua tumbuh-tumbuhan tidak layu dek air banjir yang tidak mahu mengalir ke sungai dan terus mengalir ke lautan lepas.

Setiap manusia pasti akan membuat kesilapan. Tetapi yang paling penting ialah mengaku akan kesilapan itu dan cuba untuk memperbaikinya. Dan yang paling buruk sekali ialah menuding ke arah kesilapan orang lain tetapi diwaktu yang sama, diri sendiri tidak sedar akan kesilapan dirinya.

CARILAH JALAN KEDAMAIAN !







Jumaat, 2 April 2010

Hari Komuniti Bestari Mukim 4, Batu Pahat.


KHAMIS, APRIL 01, 2010

Komuniti Bestari Mukim 4, Batu Pahat.

Program Komuniti Bestari Mukim 4, Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat.

Seterusnya pada Hari Ahad 28.03.2010 bertempat di MRSM Batu Pahat, berlangsung Program Komuniti Bestari Peringkat Batu Pahat. RTM turut merakam beberapa aktiviti sepanjang program tersebut berjalan.


Tarian Hamdolok
AJK K-Bestari Mukim 4, Batu Pahat.

Ucapan Perasmian

Gerai jualan Mk. 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.


Sukan Rakyat-Basikal perlahan

Bowling buah kelapa

AJK K-Bestari Mukim 4,Simpang Kiri.

Gerai Jualan-Norli Products

Perusahaan Roti Bumiputera

Kontijen K-Bestari Mukim 4.

Tetamu Kehormat

Melawat ke gerai Mukim 4.

Cenderahati untuk kenangan

Datuk Ariss Samsuddin ADUN Semerah menerima cenderahati dari
Norli Products.

Sedang ditemuramah


Johan Perbarisan

Kenangan mengusik jiwa

Kereta F1 Mukim 4.

Perbarisan Ahli K-Komuniti Bestari Batu Pahat.