Ahad, 31 Mei 2009

PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH BATU PAHAT



           Satu program yang dinamakan Program Sepakat Bestari-Malaysia Perkasa, telah diadakan pada 31.05.2009 di padang SK. Bukit Rahmat, Parit Jalil Batu Pahat. Program yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat iaitu Y. Bhg. Tuan Haji Yahya Bin Mohd. Salleh, antara lain bertujuan untuk menjalin hubungan kerjasama antara Komuniti Bestari di dalam sesebuah daerah sejajar dengan fokus utama perkongsian maklumat dan hubungan antara Komuniti Bestari yang ada di dalam Daerah Batu Pahat.

Program itu akan diadakan dari jam8.00 pagi hingga jam 12.00 malam.
Semua mukim dalam Daerah Batu Pahat telah mengambil bahagian di dalam program tersebut.
Diantara aktiviti yang dijalankan ialah gerai pamiran IKS, Sukan Rakyat dan Pentarama yang akan diadakan pada sebelah malam. 



lets the images tell its own stories. I don' have to explain.