Jumaat, 26 Ogos 2011

Tadarus dan Khatam Alquraan Peringkat Daerah 2011


Seperti tahun- tahun lepas, ahli-ahli Jawatankuasa  JKKM Mukim 4, Simpang Kiri, 
 Batu Pahat tidak  ketinggalan mengambil bahagian dalam Majlis Tadarus dan Khatam Alquraan peringkat Daerah. Majlis pada tahun ini telah diadakan pada hari Khamis 25.8.2011 bertempat di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.


Pemandangan masjid di waktu senja


Tok Penghulu mengetuai Tadarus-Kena giliran membaca 
Juzuk 25.



 
Berselawat selepas Khatam.


 Menunggu waktu berbuka.



 Semoga bertemu lagi pada Ramadhan tahun akan datang

INSA'ALLAH.


Jumaat, 19 Ogos 2011

JKKM MUKIM 4, BERSOLAT TARAWEH DI MASJID BATU PUTEH LAUT, PT. SULONG, BATU PAHAT.

Masjid Jamek Kampung Batu Puteh Laut, Mukim 4, Parit Sulong, BP merupakan masjid yang keempat tersenarai  dalam Siri Lawatan dan Solat Taraweh  Bersama penduduk setempat  oleh AJK -JKKM Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat bagi tahun 2011.

Tanda nama di tembok  masuk

Ketua Kampung memberi ucapan dan kata aluan.


Ucapan oleh Tok Penghulu Mukim 4, Batu Pahat
Tok Selamat Bin Mohammad.


Solat Isyak dan diikuti dengan solat Taraweh


Cepat-cepat snap, takut tertinggal rakaat nanti.


Ku pohon doa agar semuanya dalam selamat.


Hidangan menanti dengan setia.


Diantara qariah yang hadhir.

Dalam Tahun 2011 ini, hanya empat buah masjid sahaja yang dapat disenarai untuk siri Lawatan dan Solat Taraweh bersama penduduk setempat.
Insaallah ,tahun hadapan program ini akan diteruskan dan akan ke masjid-masjid yang lain .


Rabu, 17 Ogos 2011

Taraweh di Masjid Jamek Pt. Betong. Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat.

Rombongan AJK /JKKM Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat telah sama- sama Solat Taraweh di Masjid Jamek Pt. Betong, Pt. Sulong, Batu Pahat, pada malam 16.8.2011.









Jamuan ringan selepas solat.

Jadual seterusnya di Masjid Jamek Kg. Batu Puteh Laut, Batu Pahat pada Hari Khamis 18.8.2011.

Ahad, 14 Ogos 2011

JKKM MUKIM 4, BERSOLAT TARAWEH DI MASJID PT. LAMAN, PT. SULONG, BATU PAHAT.

Seperti biasa dibulan Ramdhan yang barkah, AJK JKKM Mukim 4 Simpang kiri 
akan menjelajah ke kampung-kampung di dalam Mukim 4, untuk 
sama sama bersolat taraweh bersama  qariah masjid . 

Hari Sabtu malam Ahad 13.8.2011, rombongan AJK JKKM Mukim 4, yang diketuai oleh Tok Penghulu Encik Selamat Bin Mohammad dan ketua- ketua kampung dari kampung-kampung dalam Mukim 4, telah sama-sama bersolat taraweh di Masjid Jamek Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. 

Tok Penghulu Mk. 4, memberi ucapan ringkas selepas solat Taraweh.









Tujuan utama adalah untuk mengeratkan lagi silatur rahim diantara pendudukdengan AJK /JKKM Mukim 4, yang terdiri dari Ketua-ketua Kampung dalam Mukim 4, Simpang Kiri. Batu Pahat.

Masjid seterusnya ialah Masjid Jamek Parit Betong pada 16.8.2011.

.

Selasa, 2 Ogos 2011

Majlis Makanmalam dan Dialog JKKM Mk. 4, Spg. Kiri dan Polis Batu Pahat.

Satu majlis Makan Malam dan Dialog antara JKKM Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat
telah diadakan pada Hari Jumaat malam Sabtu 29.7.2011 Jam 9.00 malam bertempat di Restaurant Juara Sulong Tomyam, Parit Sulong, Batu Pahat. 

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah ASP Encik Rosman Bin Kamsaton, wakil kepada Ketua Polis Batu Pahat, OCS Sarjan Mejar  Sa'ayon Bin Surat dari Balai Polis Parit Sulong, Penghulu Mukim 4, Encik Selamat Bin Mohammad,  Wakil dari Balai Polis Tongkang Pecah ,Ketua-ketua Kampung Mukim 4, dan beberapa anggota polis dari Balai Polis Parit Sulong.

 
Ucapan dari ASP Encik Rosman Bin Kamsaton sebagai wakil dari Ketua Polis Batu Pahat.

Penghulu Mk. 4 dan ASP Encik Rosman Kamsaton. 

OCS En. Saayon Surat dan Tok Penghulu Mk. 4. 


Penghulu Mukim 4, memberi ucapan dalam majlis tersebut. 

OCS Sarjan Mejar Encik Saayon Bin Surat
Ketua Balai Parit Sulong, Batu Pahat. 



Majlis dialog selepas jamuan. 





Antara menu-menu jamuan pada malam itu.