Isnin, 29 Mac 2010

Senaman poco-poco

Nak belajar tarian POCO-POCO , lihatlah tatriannya:



Semoga anda dapat mempelajarinya.


Jumaat, 26 Mac 2010

4 hari bersama krew "Anjung Bestari"RTM.



KOMUNITI BESTARI

ANJUNG BESTARI

Mukim 4, Simpang Kiri,Batu Pahat telah dipilih mewakili Johor dalam rancangan "Anjung Bestari".
terbitan RTM. Secara tidak langsung, aku turut terlibat dalam penggambaran tersebut yang telah ditetapkan akan dijalankan dari 25.3.2010 hingga 28.3.2010.



Khamis 25.3.2010:

Satu mesyuarat telah diadakan di kompleks Penghulu Mukim 4, untuk menentukan lokasi dan membuat persiapan yang sewajarnya.




Jumaat :26.3.2010 :

Lokasi satu : Bertempat di kawasan "BATU PUTEH" di kampung Batu Puteh, Mk. 4, Batu Pahat.


Lokasi dua : Norli Products and services di Kampung Mampan, Simpang Lima, Batu Pahat. ( perusahaan membuat kuih, biskut dan makanan segera yang berjaya)




Puan Norli sedang ditemuramah


Lokasi tiga : Perusahaan ladang nanas di Kampung Padang Sari Batu Pahat.


Seluas 40 ekar yang diusahakannya.

Pengusaha ladang nanas di Parit Padang Sari Darat

Crew RTM merakam ladang nanas


Lokasi empat : Perusahaan membuat parang di Kampung Separap, Batu Pahat.

rakaman sedang dibuat


parang untuk bekerja

Sabtu 27.03.20101 : Lokasi Parit Lapis Laman.


Lokasi 1: Perusahaan Kerepek

Kerepek Pedas


Makanan ringan

Lokasi 2: Perusahaan Wau:

Wau


Lokasi 3: Perusahaan gasing dan sarung parang.

Sarung parang

Gasing

Lokasi 4: Malam kebudayaan di Kampung Separap, Mukim 4, Batu Pahat.

Pasukan Kompang

Tarian Zapin oleh pemuda Simpang Kiri

Kumpulan Tarian zapin yang banyak terdapat di Simpang Kiri

YB Datuk Noraini turut hadir di Malam Kebudayaan

Khamis, 25 Mac 2010

En. Othman Dayan- kembali ke rahmatullah.

Al Fatihah untuk rohnya.

Allahyarham Encik Othman Dayan

Dengan sedihnya diberitakan bahawa Encik Othman Bin Dayan, Ketua Kampung Asam Kumbang, Mk. 4, Batu Pahat, Johor telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.00 pagi hari Khamis 25.3.2010.

Kenangan semasa banjir tahun 2006/2007

Beliau yang juga Ketua UMNO Cawangan Parit Awang, Mk. 4, Batu Pahat diberitakan mengalami sakit lelah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 7.45 minit pagi tersebut. Ramai kawan-kawan, sanak saudara, sahabat handai telah menziarahi di hari pengkebuniannya pada jam 12.00 tengahri termasuklah ADUN Semerah
Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin.

Kenangan semasa bertugas di zaman Penghulu Hanafi dan Hj. Samsuddin Salikin.



Rakan-rakan yang menziarahi di hari pengkebumiannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin- Alfatihah.




Rabu, 24 Mac 2010

Persediaan ke Program Rakaman Anjung Bestari.

Mesyuarat Persediaan di Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat.


Penghulu Rafizan Pengerusi mesyuarat.

Mulai pada 26 hingga 28 hb. Mac 2010, satu rakaman program tv "Anjung Bestari" akan diadakan di mukim 4, Parit Sulong, Batu Pahat.

Justeru beberapa mesyuarat yang diketuai oleh Penghulu Mukim 4 serta ketua-ketua kampung mukim 4, telah diadakan bertempat di kompleks Mukim 4, Batu Pahat.

Diharapkan agar rakaman itu dapat dijalankan dengan lancar dan dapat memenuhi semua aspek yang diperlukan dalam menjayakan program tersebut.

Imej-imej di bawah adalah gambaran dari salah satu dari mesyuarat tersebut yang dijalankan beberapa hari menjelang hari penggambaran.


Suasana semasa mesyuarat


Mendengar taklimat dari Pengerusi.


Mengecat agar nampak cantik.


Gotong-royong amalan biasa.


Semangat kerjasama tetap tertanam dalam jiwa.


Mee hoon dan teh o menu selepas gotong-royong.


Ahli "Amanah Ikhtiar Malaysia" Parit Sulong turut serta rewang.


Sabtu, 20 Mac 2010

Juara Rakyat UMNO Bhg. Parit Sulong, BP.

Program Juara Rakyat Bahagian Parit Sulong, Batu Pahat.
YB. Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia.

Majlis Pelancaran Juara Rakyat Bahagian Parit Sulong, Batu Pahat, Johor
telah dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Bin Hamidi
Menteri Pertahanan Malaysia pada Hari Sabtu 20.3.2010 di Dataran Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.


Imej-imej disekitar majlis pelancaran:




Turut serta YB Datuk Hj. Ahmad Zahri Bin Jamil,
YB. Datuk Noraini Bte Ahmad dan YB Datuk Haji Mohd. Ariss Bin Samsuddin


Menaiki moto berkuasa tinggi dari padang Sek. Menengah Penghulu Saad ke Dataran Parit Sulong.

Di atas pentas

Sebahagian dari yang hadir

Para jemputan

Lawatan ke gerai-gerai

Mencuba produk IKS

Asyik mendengar ucapan

Beramah mesra dengan orangramai yang hadir.




Di sekitar khemah pameran



(Maaf, imej tidak jelas kerana hp lama dan problem)

Oleh : Kuntong


Sekian terima kasih

Jumaat, 19 Mac 2010

Majlis "pecah tanah" tapak Sek. Agama.

Majlis "pecah tanah" tapak Sek. Agama Seri Padang Sari, Batu Pahat.

Rupa bentuk bangunan

Majlis pecah tanah tapak bangunan Sekolah Agama Seri Padang Sari, Mukim 4. Batu Pahat oleh Menteri Besar Johor, pada hari Khamis 18.3.2010. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB. Datuk Ariss Bin Samsudin ADUN Semerah, YB Datuk Ahmad Zahri Bin Jamil, ADUN Seri Medan, YB. Datuk Noraini Bte Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong dan ramai lagi pegawai-pegawai kerajaan.

Penghulu Mukim 4, bersembang sementara menanti ketibaan MB.


Setia menanti

Wak Saim Ros Ketua Kampung Padang Sari berbual dengan MB

Majlis pecah tanag

Mendengar taklimat dari YB. Datuk Ariss Samsuddin

Orang kampung turut serta dalam majlis.