Khamis, 27 Mei 2010

Seni penuh makna:

Hanya sekadar hiburan dan renungan bersama:


Rabu, 19 Mei 2010

Peribahasa:Ingatan untuk kita.



SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH

Peribahasa di atas membawa maksud setelah menanggung kerugian atau pun kesusahan
barulah nak berfikir dan tersedar kesalahan dan kerugian itu datangnya hasil dari tindakannya sendiri. Dan yang paling buruk ialah semasa sebelum terantuk, semua orang dikelilingnya seakan-akan tidak nampak, dan semua nasihat diabaikan. Tetapi setelah terantuk, barulah orang dikelilingnya nampak. Itupun nampak bukan kerana nak minta nasihat, tetapi nampak kerana hendak melempar kesalahan dirinya pada orang lain.
Jenis manusai seperti ini (tidak akan mengaku kesalahannya, walaupun dengan nyata kesalahan itu datangnya hasil dari tindakannya ) adalah jenis-jenis makhluk yang bertopengkan manusia.