Selasa, 22 Jun 2010

Seminar Keselamatan Jalanraya Daerah Batu Pahat


Penghulu Mukim Simpang Kiri, turut hadir.

Pejabat Daerah Batu Pahat telah menganjurkan satu Seminar Keselamatan Jalan Raya yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, pada hari Selasa 22.06.2010.

Sessi soaljawab.

Seminar yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang itu telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta terdiri dari Pegawai-pegawai kerajaan dari Jabatan Kerajaan , Kakitangan Swasta, Kakitangan Sekolah, Penghulu, Ketua-ketua Kampung serta sebahagian JKKK Kampung Daerah Batu Pahat.

Diantara Tok Penghulu yang hadir.

Mukim 4 Simpang Kiri, Batu Pahat telah menghantar 5 orang wakil ke seminar tersebut, mereka terdiri dari Penghulu Mukim 4, iaitu Penghulu Selamat Bin Mohamad, Encik Wahit Bin Anuar, Ketua Kampung Kg. Mampan merangkap Setiausaha Mukim 4, Tn Haji Mohd Tahir Bin Ismail, Ketua Kampung Batu Puteh, Haji M. Said Bin Kamuri Ketua Kampung Lapis Maimon dan Encik Mohd Yusof Bin Haji Ghani, Ketua Kampung Parit Jawa.

Sikap positif pengguna jalanraya boleh mengurangkan kemalangan jalanraya.

Majlis diakhiri dengan majlis dialog diantara peserta dengan Pegawai Polis, Pegawai JPJ. Majlis penutupan rasmi dilakukan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat merangkap
Pengerusi MKJR Daerah.


Selasa, 15 Jun 2010

Penghulu Baru Mukim 4, Simpang Kiri,BP.


Tok Penghulu Baru Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.


Tok Penghulu Encik Selamat Bin Haji Mohammad.

Dimaklumkan bahawa mulai 1hb. Jun 2010, Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat telah mendapat Penghulu Baru iaitu Encik Selamat Bin Haji Mohammad, menggantikan Penghulu Encik Nor Rafizan Bin Abd. Rahman yang telah bertukar ke Mukim 7, Batu Pahat. Semoga Mukim 4 akan lebih maju dan bertambah makmur.