Isnin, 23 November 2009

Parit Sulong Treasure Race 2009.

Parit Sulong Treasure Race 2009.

YB Datuk Noraini Ahmad membuat pelepasan acara

Acara "Parit Sulong Treasure Race 2009" telah diadakan pada hari Ahad 22hb November 2009 yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong dengan kerjasama Equity Force Sdn Bhd, Pejabat UMNO Parit Sulong dan Puteri Parit Sulong. Sebanyak 26 pasukan telah menyertai acara tersebut.
Pelepasan acara ""Parit Sulong Treasure Race 2009"telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong YB Datuk Noraini Bte Ahmad di hadapan Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.

Pemenang pertama dalam acara tersebut ialah Pasukan Puteri AAK Parit Sulong, Kedua Pasukan Tekun Parit Sulong dan Ketiga ialah Pasukan Sejagung Boleh. Hadiah telah disampaikan oleh Wakil Parlimen Parit Sulong YB Datuk Noraini Bte Ahmad.

Bergambar kenangan sebelum acara dimulakan

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aktiviti dijalankan semasa acara Treasure Race




Pasukan 1 Malaysia



Para pemenang dalam acara tersebut




Jumaat, 20 November 2009

Program PESAN - Adun Semerah/ Mukim 4.

YB Datuk Haji Ariss Samsuddin ADUN Semerah

Malam 14.11.2009 telah diadakan satu program baru yang dinamakan "Program Permuafakatan Adun Semerah Bersama Rakyat", yang julung-julung kali diadakan di balairaya Kampung Asam Kumbang Mukim 4, Batu Pahat.

Program ini yang diilhamkan oleh YB Datuk Haji Ariss Bin Samsuddin telah dihadiri oleh YB Datuk Ariss Bin Samsuddin, Encik Samsuri (wakil khas Dato' Noraini Ahmad) , Encik Norafizan Bin Abd. Rahman (Penghulu Mukim 4), Ketua Kampung Kawasan Asam Kumbang Encik Othman Dayan, Encik Sudin Ahmad, serta penduduk kampung.

Program ini bertujuan untuk menerima aduan-aduan tentang masalah pembangunan kampung serta lain-lain perkara yang dapat membantu penduduk dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Dari input-input yang diterima, maka segala masalah sedapat mungkin diselesaikan dengan prosedur yang betul dan teratur.

Dalam ucapannya, YB Datuk Ariss Bin Samsuddin akan menjelajah ke segenap kampung dalam kawasannya serta mendengar segala permasalahan yang dihadapi dan cuba akan menyelesaikannya dimana yang boleh.

Orangkampung mengutarakan aduan

Encik Samsuri wakil khas YB Datuk Noraini Ahmad Ahli Parliman Pt Sulong


Rabu, 18 November 2009

Bersawang

"Blogku bersawang"

blogku yang bersawang

Memang dah lama saya tak update blog ini. Entri terakhir ialah lebih sebulan yang lalu. Malas ada, tak sempat pun ada. Bila bahan-bahan seperti malas dan tidak sempat diadun dan dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau, memanglah teruk. Hinggakan ada seorang pembaca "parithah" menyuruh saya update blog ini. Terima kasih saudara/saudari kerana mengingatkan saya yang maha malas ni.

Perangai buruk ni timbul kemungkinan disebabkan oleh terlalu banyak kerja yang patut dilangsaikan dahulu. Dan masa yang lapang tu banyak dihabiskan dengan ke hulu ke hilir dengan tugas rasmi yang tidak berapa rasmi. Kalau ada meeting, terpaksalah datang, kalau ada program yang melibatkan orang VIP terpaksa ler hadir. Kalau tidak hadir, mulalah disoal, kenapa tidak hadir.

Sekarang musim hujan, tiap-tiap petang ditempat kita ni hujan, langit pun mendung, tengok awan hitam dilangit memanglah takut. Di utara sudah pun banjir, mungkin tidak berapa lama lagi akan melanda pula ke Johor. Dan bila ia sampai ke mukim 4, ah...memanglah dah teruk. Ini kerana ini sudah memang tugas saya yang tidak rasmi untuk mengendalikan mangsa banjir.
Pada musim banjir yang lepas, saya kena tugas hingga 3 bulan. Orang yang banjir dah pun balik ke rumah, tapi kita kena lagi kerja. Apa nak dikata.

Janji seorang pembesar negeri Johor dalam ucapannya di Parit Sulong, bahawa petugas-petugas banjir akan diberi elaun penat. Tapi hingga sekarang, sampai nak banjir lagi, habuk pun tak ada. (Dia yang janji, bukan kita yang minta).

Ah..cukup kali ini,nanti jemu pulak orang baca. (Kalau ada yang baca. Blog ni pun tidak ramai yang nak sudi baca.)

Wasallam.

YB yang satu ni memang ligat habis...syabash Datuk...teruskan !



Sekian buat kali ini.