Selasa, 28 September 2010

Program "Khidmat masyarakat" penuntut UTHM.

Penghulu Mukim 4, mempengerusikan mesyuarat.

%%%%%%%%%%%

Seramai 200 penuntut UTHM akan berada di kawasan ADUN Semerah Batu Pahat dalam program "Khidmat Masyarakat" pada 16 dan 17 Oktober 2010. Penuntut -penuntut ini akan dibahagi kepada beberapa mukim yang berada di ADUN Semerah.

Untuk Mukim 4, mesyuarat khas untuk program "Khidmat Masyarakat" ini telah diadakan pada hari Selasa 28.09.2010 bertempat di Kompleks Penghulu Mukim 4, Batu Pahat.

Program untuk Mukim 4, akan berpusat di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat. Seramai 36 orang penuntut dijangka akan ditempatkan di sini.

Wakil dari UTHM yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah:

Cik Anis Nadirah Bte Abdullah.
Cik Norhuda Bte Yaakub.
Cik Juraimi Bte Che Ismail
Encik Amiruddin Bin Ahmad.

Beraksi selepas mesyuarat.

Wakil dari UTHM.


Cik Juraini dan Encik Amiruddin.

%%%%%%%%%%%


Tiada ulasan: