Jumaat, 20 Ogos 2010

Bertarawih di Masjid Jamek Pt. Osman.



Jumaat 20.08.2010 /10 Ramadan 1431, rombongan JKKM Mukim 4, bertarawih di Masjid Jamek Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat.

Selepas selesai solat sunat tarawih, Penghulu Mukim 4, Encik Selamat Bin Mohammad memberi ucapan ringkas kepada ahli qariah yang hadir. Memandangkan beliau baru bertugas di kawasan ini, beliau berharap dengan lawatan ini dapatlah beliau berkenalan dengan lebih dekat dengan penduduk kampung ini dan seterusnya memberi kerjasama dengan Ketua kampung dan beliau sendiri dalam memajukan kampung ini.
Masjid Jamek Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat.

Berdoa sebelum meneruskan solat witir.

Mengaminkan doa selepas solat sunat.

Tok Penghulu memberi ucapan .

Beramah mesra dengan penduduk kampung.

Seperti biasa, minuman ringan.

Malam besok rombongan ini akan ke Masjid Jamek Kampung Parit Lapis Laman.





Tiada ulasan: