Khamis, 15 April 2010

Mega Mendung

Mega mendung


Mega mendung menyelubungi kawasan sekitar, tapi hujan belum turun, kalau turun pun hanya renyai-renyai sahaja. Dikhuatiri andai hujan turun dengan lebatnya, sudah tentu banjir akan melanda kawasan sekitar. Akibatnya keseluruhan kawasan akan banjir , mungkin akan lebih dahsyat dari banjir 2007.

Carilah jalan agar mendung hitam yang menanti di angkasa tidak turun dengan sekadar, agar semua tumbuh-tumbuhan tidak layu dek air banjir yang tidak mahu mengalir ke sungai dan terus mengalir ke lautan lepas.

Setiap manusia pasti akan membuat kesilapan. Tetapi yang paling penting ialah mengaku akan kesilapan itu dan cuba untuk memperbaikinya. Dan yang paling buruk sekali ialah menuding ke arah kesilapan orang lain tetapi diwaktu yang sama, diri sendiri tidak sedar akan kesilapan dirinya.

CARILAH JALAN KEDAMAIAN !







Tiada ulasan: