Rabu, 24 Mac 2010

Persediaan ke Program Rakaman Anjung Bestari.

Mesyuarat Persediaan di Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat.


Penghulu Rafizan Pengerusi mesyuarat.

Mulai pada 26 hingga 28 hb. Mac 2010, satu rakaman program tv "Anjung Bestari" akan diadakan di mukim 4, Parit Sulong, Batu Pahat.

Justeru beberapa mesyuarat yang diketuai oleh Penghulu Mukim 4 serta ketua-ketua kampung mukim 4, telah diadakan bertempat di kompleks Mukim 4, Batu Pahat.

Diharapkan agar rakaman itu dapat dijalankan dengan lancar dan dapat memenuhi semua aspek yang diperlukan dalam menjayakan program tersebut.

Imej-imej di bawah adalah gambaran dari salah satu dari mesyuarat tersebut yang dijalankan beberapa hari menjelang hari penggambaran.


Suasana semasa mesyuarat


Mendengar taklimat dari Pengerusi.


Mengecat agar nampak cantik.


Gotong-royong amalan biasa.


Semangat kerjasama tetap tertanam dalam jiwa.


Mee hoon dan teh o menu selepas gotong-royong.


Ahli "Amanah Ikhtiar Malaysia" Parit Sulong turut serta rewang.


Tiada ulasan: