Rabu, 6 Januari 2010

Mesyuarat AJK Rakaman TV "Anjung Bestari"

Ke arah rakaman TV "Anjung Bestari" Mukim Simpang Kiri.

Pn Amah Bte Yunos- Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat

Mukim 4 Simpang Kiri, Batu Pahat, telah dipilih untuk menjadi lokasi dalam rakaman TV Malaysia yang bertajuk "Anjung Bestari" pada 17 dan 18 April, 2010 akan datang.

Justeru, satu AJK telah dibentuk untuk memberi kerjasama dalam menjayakan rakaman tersebut.
Mesyuarat pertama telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukim 4, Batu Pahat, pada hari Rabu 6hb. Januari 2010, jam 3.00 petang. Turut hadhir dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Amah Bte Yunos, Pegawai Penerangan Daerah, Puan Heliza Bte Taib, Pegawai Penyelaras K-Bestari Mukim 4, Batu Pahat, Tuan Haji Salikin Nasir, wakil rasmi AP Parit Sulong, En. Mohd Yusof Ahmad, wakil ADUN Semerah dan Encik Latip Bin Sayuti mewakili Jabatan Pertanian Batu Pahat.

Ketua-ketua kampung dalam Mukim 4, dikehendaki membuat tinjauan dalam mencari jalan atau idea agar rancangan ini dapat berjalan dengan lancar dan licin.

Ketua-ketua Kampung Mk. 4

Datuk Penghulu memberi taklimat

Pengerusi mesyuarat

Diantara yang hadir

Tn Haji Salikin-wakil AP Parit Sulong

Mohon kerjasama semua untuk menjayakan program

En Latif Sayuti-Pembantu Pertanian

En. Md. Yusof Ahmad- wakil ADUN Semerah.

Pn Heliza Taib-Pembantu Penerangan
merangkap penyelaras K-Bestari Mk. 4.

Beberapa segmen telah diwujudkan dan setiap Ketua Kampung dipertanggungjawabkan dengan satu segmen. Datuk Penghulu Mukim Empat Simpang Kiri bertindak sebagai Pengerusi
K-Bestari Mukim Empat, Batu Pahat.

Sekian dari SUKIMPAT.



2 ulasan:

KUNTONG berkata...

Tahniah Mk. 4. Anda Ketua-ketua kampung mesti bekerja keras untuk menjayakan program ini. Jangan buat sekadar jadi sahaja.

Maiyah berkata...

salam.. rasa harmoni kan ada initiatif memasing utk mnjayakan bersama