Ahad, 13 Disember 2009

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR

Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.

Program Rakan Alam Sekitar Peringkat Parlimen Parit Sulong Batu Pahat telah dilancar dan dirasmikan oleh YB Datuk Noraini Bte Ahmad pada 13.12.2009. Majlis anjuran Jabatan Alam Sekitar negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Parit dan Saliran telah diadakan di Perhentian Mahkota, Parit Simin, Batu Pahat, Johor.

Perasmian oleh YB Datuk Noraini Ahmad Ahli Parlimen Pt. Sulong


Turut serta dalam majlis tersebut ialah ADUN Semerah Tun Haji Datuk Ariss Bin Samsuddin, Penghulu Mukim,Ketua Kampung, Ketua masyarakat serta penduduk tempatan dan penduduk setempat.

Program Rakan Alam Sekitar (RAS) merupakan suatu pendekatan yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke arah usaha yang berterusan untuk membangunkan kesedaran dan mengerakan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar.


Imej-imej di sekitar majlis pelancaran RAS


Di gerai kraftangan dari akhbar lama

berminat dengan kraftangan dari akhbar lama


Datuk Ariss menanam pokok sebagai kenangan program RAS


Datuk Noraini Bte Ahmad turut serta menanam pokok sebagai kenangan


Tok Rafizan Abd Rahman Penghulu Mukim 4



Beraksi untuk kenangan



asyik mendengar penerangan mengenaai pentingnya alam sekitar.

4 ulasan:

PK berkata...

kerosakan alam sekitar disebabkan oleh sifat tamak dan nasfu serakah manusia itu sendiri.

rimajohor berkata...

manusia mudah lupa, walaupun diingatkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar tetapi masih terus terusan buat perkara-perkara yang boleh membahayakan diri sendiri.

PK berkata...

Syabash Datu N, semoga anda terus bekerja keras untuk kesejahteraan pengundi Parlimen Parit Sulong.

Pak Kuntong berkata...

Teruskan usaha anda, jangan tak diteruskan.