Sabtu, 20 Jun 2009

PROGRAM INFO BESTARI



Puan Amah Bte Yunos-Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat.


Program Info Bestari Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Batu Pahat telah di adakan di Kompleks Penghulu Mukim 4, Parit Raja Ahmad, Parit Sulong, Batu Pahat pada hari Sabtu 20.6.2009, mulai jam 9.00 pagi.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat, K-Bestari Mukim 4 dan 18 serta RELA Batu Pahat.

Program tersebut talah dirasmikan oleh Puan Amah Bte Yunos, Pegawai Daerah Batu Pahat. Antara objektif program tersebut ialah:-

# Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara telus dan mengurangkan birokrasi.
# Memberi khidmat secara langsung ke peringkat kampung/mukim agar masyarakat dapat menikmati khidmat yang diberikan oleh agensi-sgensi kerajaan.
# Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah utama rakyat.
# Merealisasikan Program Malaysia Perkasa satu rupa bangsa Malaysia yang bermaklumat dan bermaruah tinggi.
Program ini memfokuskan kepada penerangan tentang bahaya dadah dan pembasmiannya serta lain-lain mengenaai perpaduan Melayu.

Turuat serta dalam program tersebut dan telah memberi ceramah mengenaai "Bahaya dan Pembasmian Dadah" ialah :-

# Encik Md. Zulkifli Bin Ithnain - Pegawai AADK Daerah Batu Pahat.
# Sub. Inspt. Encik Mohd. Rawi Bin Elias- Dari IPD Batu Pahat (Bhg. Anti Narkotik),
# Encik Tajuddin Bin Abdullah - Pegawai PAROL Batu Pahat.

Pn Heliza Bt Mohd Taib selaku Pembantu Penerangan Daerah Batu Pahat, ialah orang yang telah mengambil peranan penting untuk menjayakan program ini.


Encik Mohd. Zulkifli Bin Ithnain -dari AADK Batu Pahat


Sub. Inspt. Encik Mohd Rawi Bin Elias dari IPD Batu Pahat

Pn. Heliza Bte Mohd Taib -Pembantu Penerangan


Mereka yang hadhir dalam program


Encik Tajuddin Bin Abdullah - Dari PAROL Batu Pahat.

Semoga program ini dapat menyedarkan kita tentang bahaya dadah dan perlu perpaduan dalam masyarakat Melayu.

Tiada ulasan: