Selasa, 10 Februari 2009

Pesta Bola Mukim Empat, Batu Pahat.






Di sekitar hari penyampaian hadiah Pesta Bolasepak Tujuh Sebelah Mukim 4, Batu Pahat.


                      YB. Datuk Noraini memberi ucapan.




   Pesta Bolasepak Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat.


Majlis penyampaian hadiah Pesta Bola Sepak Anjuran bersama JKKM Mk. 4  dan
JKKK Kg. ParitPuasa, telah disampaikan oleh YB Datuk Noraini, Ahli Parlimen Parit Sulong, pada jam 10.00 pagi 8hb. Februari 2009. 

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Parit Sulong, En. Zulkarnain Bin Haji Kamisan dan Penghulu Mukim 4, Simpang Kiri Encik Nor Rafizan Bin Abdul Rahman.
 

Pesta bolasepak yang julung- julung kali diadakan di kampung itu telah disertai oleh beberapa buah pasukan dari kawasan Mukim 4, Batu Pahat.  Sebelum majlis penyampaian hadiah dijalankan, satu perlawanan persahabatan diantara Pasukan Bola sepak Ketua-ketua Kampung Mukim 4 dan Pasukan JKKM Parit Puasa telah diadakan.

Dalam ucapan di majlis tersebut, YB Noraini Ahmad menyeru supaya Ketua-ketua Kampung dan penduduk kampung agar dapat menjaga kesihatan seperti bersenam atau bermain bola agar kesihatan badan setiasa di dalam keadaan baik. Beliau memuji pasukan Ketua Kampung Mukim 4, masih lagi dapat bermain bolasepak walaupun sudah berumur lebih dari lima puluh tahun. Beliau kagum apabila melihat Ketua-Ketua Kampung Mukim 4, walaupun sudah lanjut usia, tetapi masih boleh bermain bolasepak. Ini menunjukan tahap kesihatan mereka masih dalam keadaan yang amat baik.

Beliau juga berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang. Sebelum beliau beredar, satu pertandingan bermain layang-layang Wau juga telah diadakan di padang tersebut.

Hadiah kemenangan pertandingan telah disampaikan oleh YB. Datuk Noraini Ahmad sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong dan juga juga Encik Zulkarnain Bin Haji Kamisan sebagai Ketua Pemuda Parit Sulong.



Di  sekitar majlis penyampaian hadiah.
                                                                                      
                                                        
   
      
                                           Ucapan Tok Penghulu

 
         Berbincang dengan Penghulu Mukim 4, Batu Pahat.

Pertandingan Wau



Orang kampung turut hadhir 


Bersama Johan Pertandingan




4 ulasan:

Leenoh berkata...

Syabas,blog yang berinfomasi, insya Allah berjumpa lagi.
Wassalam

singamaraja berkata...

Singamaraja

Saya baca blog kamu eh

KUNTONG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SUkimpat berkata...

Sdra Leenoh dan Sdri Singamaraja:

Tk krna sudi singgah.

Singamaraja, knapa 2tup muka.