Selasa, 27 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H Mukim 4.Batu Pahat.

Disekitar majlis tersebut yang telah diadakan pada 26hb. September, 2011 
bertempat di Kompleks Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor.


Majlis turut meraikan bakal-bakal haji serta meraikan Ketua-Ketua Kampung yang bersara.
Ketua Kampung yang akan menunaikan haji ialah Encik Ahmad Erpan,Ketua Kampung Sentang Batu dan Encik Saim Sameon, Ketua Kampung Lubuk Utara. Sementara Ketua Kampung yang bersara ialah Tuan Haji Musnaim Bin Musa mantan Ketua Kampung Parit Othman dan Encik Ahmad Bin Sumadi, mantan Ketua Kampung Parit Lapis Maimon.


 Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB. Dato' Haji Ahmad Zahri Bin Jamil, 
ADUN Seri Medan, Batu Pahat./ Exco Kerajaan Negeri Johor.

Isteri Ketua Kampung turut hadir.

Bacaan marhaban memulakan majlis. 

Tetamu dan para jemputan.

 YB Dato' Ahmad Zahri Jamil memberi ucapan.

Tok Penghulu Mukim 4, memberi uapan alu-aluan.


Penyampaian saguhati kepada bakal haji.


Kepada bakal-bakal haji kami mendoakan agar anda dapat mengerjakan fardu haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. Kepada Ketua Kampung yang bersara, diucapkan selamat bersara. Segala jasa anda, sentiasa dalam kenangan.


*******************************************************



Jumaat, 26 Ogos 2011

Tadarus dan Khatam Alquraan Peringkat Daerah 2011


Seperti tahun- tahun lepas, ahli-ahli Jawatankuasa  JKKM Mukim 4, Simpang Kiri, 
 Batu Pahat tidak  ketinggalan mengambil bahagian dalam Majlis Tadarus dan Khatam Alquraan peringkat Daerah. Majlis pada tahun ini telah diadakan pada hari Khamis 25.8.2011 bertempat di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.


Pemandangan masjid di waktu senja


Tok Penghulu mengetuai Tadarus-Kena giliran membaca 
Juzuk 25.



 
Berselawat selepas Khatam.


 Menunggu waktu berbuka.



 Semoga bertemu lagi pada Ramadhan tahun akan datang

INSA'ALLAH.


Jumaat, 19 Ogos 2011

JKKM MUKIM 4, BERSOLAT TARAWEH DI MASJID BATU PUTEH LAUT, PT. SULONG, BATU PAHAT.

Masjid Jamek Kampung Batu Puteh Laut, Mukim 4, Parit Sulong, BP merupakan masjid yang keempat tersenarai  dalam Siri Lawatan dan Solat Taraweh  Bersama penduduk setempat  oleh AJK -JKKM Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat bagi tahun 2011.

Tanda nama di tembok  masuk

Ketua Kampung memberi ucapan dan kata aluan.


Ucapan oleh Tok Penghulu Mukim 4, Batu Pahat
Tok Selamat Bin Mohammad.


Solat Isyak dan diikuti dengan solat Taraweh


Cepat-cepat snap, takut tertinggal rakaat nanti.


Ku pohon doa agar semuanya dalam selamat.


Hidangan menanti dengan setia.


Diantara qariah yang hadhir.

Dalam Tahun 2011 ini, hanya empat buah masjid sahaja yang dapat disenarai untuk siri Lawatan dan Solat Taraweh bersama penduduk setempat.
Insaallah ,tahun hadapan program ini akan diteruskan dan akan ke masjid-masjid yang lain .


Rabu, 17 Ogos 2011

Taraweh di Masjid Jamek Pt. Betong. Mukim 4, Pt. Sulong, Batu Pahat.

Rombongan AJK /JKKM Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat telah sama- sama Solat Taraweh di Masjid Jamek Pt. Betong, Pt. Sulong, Batu Pahat, pada malam 16.8.2011.









Jamuan ringan selepas solat.

Jadual seterusnya di Masjid Jamek Kg. Batu Puteh Laut, Batu Pahat pada Hari Khamis 18.8.2011.

Ahad, 14 Ogos 2011

JKKM MUKIM 4, BERSOLAT TARAWEH DI MASJID PT. LAMAN, PT. SULONG, BATU PAHAT.

Seperti biasa dibulan Ramdhan yang barkah, AJK JKKM Mukim 4 Simpang kiri 
akan menjelajah ke kampung-kampung di dalam Mukim 4, untuk 
sama sama bersolat taraweh bersama  qariah masjid . 

Hari Sabtu malam Ahad 13.8.2011, rombongan AJK JKKM Mukim 4, yang diketuai oleh Tok Penghulu Encik Selamat Bin Mohammad dan ketua- ketua kampung dari kampung-kampung dalam Mukim 4, telah sama-sama bersolat taraweh di Masjid Jamek Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. 

Tok Penghulu Mk. 4, memberi ucapan ringkas selepas solat Taraweh.









Tujuan utama adalah untuk mengeratkan lagi silatur rahim diantara pendudukdengan AJK /JKKM Mukim 4, yang terdiri dari Ketua-ketua Kampung dalam Mukim 4, Simpang Kiri. Batu Pahat.

Masjid seterusnya ialah Masjid Jamek Parit Betong pada 16.8.2011.

.