Selasa, 28 September 2010

Program "Khidmat masyarakat" penuntut UTHM.

Penghulu Mukim 4, mempengerusikan mesyuarat.

%%%%%%%%%%%

Seramai 200 penuntut UTHM akan berada di kawasan ADUN Semerah Batu Pahat dalam program "Khidmat Masyarakat" pada 16 dan 17 Oktober 2010. Penuntut -penuntut ini akan dibahagi kepada beberapa mukim yang berada di ADUN Semerah.

Untuk Mukim 4, mesyuarat khas untuk program "Khidmat Masyarakat" ini telah diadakan pada hari Selasa 28.09.2010 bertempat di Kompleks Penghulu Mukim 4, Batu Pahat.

Program untuk Mukim 4, akan berpusat di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat. Seramai 36 orang penuntut dijangka akan ditempatkan di sini.

Wakil dari UTHM yang menghadiri mesyuarat tersebut ialah:

Cik Anis Nadirah Bte Abdullah.
Cik Norhuda Bte Yaakub.
Cik Juraimi Bte Che Ismail
Encik Amiruddin Bin Ahmad.

Beraksi selepas mesyuarat.

Wakil dari UTHM.


Cik Juraini dan Encik Amiruddin.

%%%%%%%%%%%


Ahad, 26 September 2010

"Openhouse" Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.


Suasana di Hari Terbuka JKKM Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor pada 25.09.2010.
Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir.


Waduh... !Tengok Tok Penghulu kita tu...mesra gitu.......

Diantara tetamu yang hadir awal.

Isteri Tok Penghulu dan Isteri Tok Ketua Mampan beraksi.
Sama cantik......!

Silakan ibu-ibu sekelian.

Tambah lagi.......jangan segan.

Rewang.....Terima kasih.

Jemput minum.

Encik Saim Sameon, Encik saari Masrom dan Encik Ismail.

Ayam golek..............

Encik Suliaman . Tok Ketua Parit Mohammad,

Diantara menu.


Hai....mangkreng Tok....


Sabtu, 28 Ogos 2010


JKKM Mukim Simpang Kiri-27.8.2010.


Surau Kampung Parit Abdul Rahman Darat Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat merupakan surau/masjid yang keenam dan terakhir yang dipilih dalam siri lawatan rombongan
JKKM Mukim 4 bertarawih dan beramah mesra, dalam Bulan Ramadan 1431 ini.

Dalam ucapan ringkas selepas selesai solat sunat tarawih, Tok Penghulu Mukim Simpang Kiri mengharapkan kerjasama penduduk dalam segala urusan yang ada kaitan dengan dasar-dasar kerajaan.


Papantanda Surau.

Tok Penghulu bersama isteri.

Surau Parit Abd. Rahman, Batu Pahat.

Bersama-sama penduduk kampung menunaikan solat sunat tarawih.

Memberi ucapan selepas solat tarawih.

Sebahagian dari Ketua Kampung yang hadir.

Moreh selepas majlis ucapan.

Semoga kita bertemu lagi di Tahun hadapan. InsaAllah !
Bulan Ramadan,Tahun 1432.



Isnin, 23 Ogos 2010

Masjid Jamek Pt. Jawa.


Malam 22.8.2010 beberapa orang AJK JKKM Mukim Simpang Kiri (Mk. 4 )
telah bertarawih di Masjid Jamek Parit Jawa, yang di ketuai oleh Tik Penghulu Mk.4
iaitu Encik Selamat Bin Mohamad.

Papan tanda Masjid.

Kyusuk mengerjakan solat sunat tarawih.

Sebahagian dari yang hadir.

Dari Kiri Ketua kampung Pt. Jawa, Ketua Kampung Lapis Maimon
Ketua Kampung Parit Osman dan bilal masjid.

Seperti biasa memberi ucapan selepas selesai solat tarawih.


Jamuan ringan selepas ucapan Penghulu.



Jumaat, 20 Ogos 2010

Bertarawih di Masjid Jamek Pt. Osman.



Jumaat 20.08.2010 /10 Ramadan 1431, rombongan JKKM Mukim 4, bertarawih di Masjid Jamek Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat.

Selepas selesai solat sunat tarawih, Penghulu Mukim 4, Encik Selamat Bin Mohammad memberi ucapan ringkas kepada ahli qariah yang hadir. Memandangkan beliau baru bertugas di kawasan ini, beliau berharap dengan lawatan ini dapatlah beliau berkenalan dengan lebih dekat dengan penduduk kampung ini dan seterusnya memberi kerjasama dengan Ketua kampung dan beliau sendiri dalam memajukan kampung ini.
Masjid Jamek Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat.

Berdoa sebelum meneruskan solat witir.

Mengaminkan doa selepas solat sunat.

Tok Penghulu memberi ucapan .

Beramah mesra dengan penduduk kampung.

Seperti biasa, minuman ringan.

Malam besok rombongan ini akan ke Masjid Jamek Kampung Parit Lapis Laman.