Sabtu, 28 Ogos 2010


JKKM Mukim Simpang Kiri-27.8.2010.


Surau Kampung Parit Abdul Rahman Darat Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat merupakan surau/masjid yang keenam dan terakhir yang dipilih dalam siri lawatan rombongan
JKKM Mukim 4 bertarawih dan beramah mesra, dalam Bulan Ramadan 1431 ini.

Dalam ucapan ringkas selepas selesai solat sunat tarawih, Tok Penghulu Mukim Simpang Kiri mengharapkan kerjasama penduduk dalam segala urusan yang ada kaitan dengan dasar-dasar kerajaan.


Papantanda Surau.

Tok Penghulu bersama isteri.

Surau Parit Abd. Rahman, Batu Pahat.

Bersama-sama penduduk kampung menunaikan solat sunat tarawih.

Memberi ucapan selepas solat tarawih.

Sebahagian dari Ketua Kampung yang hadir.

Moreh selepas majlis ucapan.

Semoga kita bertemu lagi di Tahun hadapan. InsaAllah !
Bulan Ramadan,Tahun 1432.



Isnin, 23 Ogos 2010

Masjid Jamek Pt. Jawa.


Malam 22.8.2010 beberapa orang AJK JKKM Mukim Simpang Kiri (Mk. 4 )
telah bertarawih di Masjid Jamek Parit Jawa, yang di ketuai oleh Tik Penghulu Mk.4
iaitu Encik Selamat Bin Mohamad.

Papan tanda Masjid.

Kyusuk mengerjakan solat sunat tarawih.

Sebahagian dari yang hadir.

Dari Kiri Ketua kampung Pt. Jawa, Ketua Kampung Lapis Maimon
Ketua Kampung Parit Osman dan bilal masjid.

Seperti biasa memberi ucapan selepas selesai solat tarawih.


Jamuan ringan selepas ucapan Penghulu.



Jumaat, 20 Ogos 2010

Bertarawih di Masjid Jamek Pt. Osman.



Jumaat 20.08.2010 /10 Ramadan 1431, rombongan JKKM Mukim 4, bertarawih di Masjid Jamek Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat.

Selepas selesai solat sunat tarawih, Penghulu Mukim 4, Encik Selamat Bin Mohammad memberi ucapan ringkas kepada ahli qariah yang hadir. Memandangkan beliau baru bertugas di kawasan ini, beliau berharap dengan lawatan ini dapatlah beliau berkenalan dengan lebih dekat dengan penduduk kampung ini dan seterusnya memberi kerjasama dengan Ketua kampung dan beliau sendiri dalam memajukan kampung ini.
Masjid Jamek Parit Osman, Parit Sulong, Batu Pahat.

Berdoa sebelum meneruskan solat witir.

Mengaminkan doa selepas solat sunat.

Tok Penghulu memberi ucapan .

Beramah mesra dengan penduduk kampung.

Seperti biasa, minuman ringan.

Malam besok rombongan ini akan ke Masjid Jamek Kampung Parit Lapis Laman.





Selasa, 17 Ogos 2010

Rombongan Pegawai Daerah ke Pt. Mustapha.


Mencari keredhaan Allah SWT !


Tanggal 17.8.2010 / 6 Ramadhan 1431, masjid Jamek Pt. Mustapha Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat, dikunjungi oleh satu rombongan Pegawai-pegawai kerajaan Batu Pahat dengan tujuan untuk bersama-sama solat tarawih bersempena bulan Ramadan ini.

Diantara yang turut serta dalam rombongan itu ialah Encik Shafie (KADO), Tuan Kadhi
Batu Pahat, Penghulu, Pegawai kerajaan dari setiap jabatan, ketua kampung dan ahli kariah sekeliling.


Masjid Jamek Pt. Mustapha, Mk. 4, Batu Pahat.

Selepas solat sunat tarawih.

Ucapan KADO selepas solat sunat tarawih.

Asyik mendengar ucpan.

Jamuan ringkas.

Tuan Kadhi Daeah Batu Pahat turut serta.


Semoga dengan lawatan ini, penduduk kampung dapat berkenalan dengan Pegawai Kerajaan dan menjalin muhibbah diantara umat Muhammad.

Akitiviti ini adalah aktiviti tahunan kakitangan kerajaan Batu Pahat.



Isnin, 16 Ogos 2010

Berterawih di Masjid Lapis Laman


Banner dari
YB Dato' Noraini Bte Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.




Aktiviti di Bulan Barakah.
Masjid Jamek Parit Lapis Laman, M. 4, Spg. Kiri Batu Pahat.


Malam tadi (15-8-2010), giliran Masjid Jamek Parit Lapis Laman,Mk. 4 untuk dilawati JKKM Mukim 4, Simpang Kiri dan sterusnya bersolat terawih. Malam semalam JKKM Mk. 4, yang diketuai oleh Penghlu Mk. 4, Tok Selamat Bin Mohamad, telah pun bersolat
Jemaah Isyak dan Solat terawih di Masjid Jamek Kg. Batu Puteh Darat.

Berdoa untuk keteguhan iman dan taqwa.



Mengerat silaturrahim.


Jamuan dan ucapan ringkas Tok Penghulu.

Tok Penghulu memberi taklimat ringkas.