Selasa, 17 Ogos 2010

Rombongan Pegawai Daerah ke Pt. Mustapha.


Mencari keredhaan Allah SWT !


Tanggal 17.8.2010 / 6 Ramadhan 1431, masjid Jamek Pt. Mustapha Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat, dikunjungi oleh satu rombongan Pegawai-pegawai kerajaan Batu Pahat dengan tujuan untuk bersama-sama solat tarawih bersempena bulan Ramadan ini.

Diantara yang turut serta dalam rombongan itu ialah Encik Shafie (KADO), Tuan Kadhi
Batu Pahat, Penghulu, Pegawai kerajaan dari setiap jabatan, ketua kampung dan ahli kariah sekeliling.


Masjid Jamek Pt. Mustapha, Mk. 4, Batu Pahat.

Selepas solat sunat tarawih.

Ucapan KADO selepas solat sunat tarawih.

Asyik mendengar ucpan.

Jamuan ringkas.

Tuan Kadhi Daeah Batu Pahat turut serta.


Semoga dengan lawatan ini, penduduk kampung dapat berkenalan dengan Pegawai Kerajaan dan menjalin muhibbah diantara umat Muhammad.

Akitiviti ini adalah aktiviti tahunan kakitangan kerajaan Batu Pahat.



Isnin, 16 Ogos 2010

Berterawih di Masjid Lapis Laman


Banner dari
YB Dato' Noraini Bte Ahmad
Ahli Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat.




Aktiviti di Bulan Barakah.
Masjid Jamek Parit Lapis Laman, M. 4, Spg. Kiri Batu Pahat.


Malam tadi (15-8-2010), giliran Masjid Jamek Parit Lapis Laman,Mk. 4 untuk dilawati JKKM Mukim 4, Simpang Kiri dan sterusnya bersolat terawih. Malam semalam JKKM Mk. 4, yang diketuai oleh Penghlu Mk. 4, Tok Selamat Bin Mohamad, telah pun bersolat
Jemaah Isyak dan Solat terawih di Masjid Jamek Kg. Batu Puteh Darat.

Berdoa untuk keteguhan iman dan taqwa.



Mengerat silaturrahim.


Jamuan dan ucapan ringkas Tok Penghulu.

Tok Penghulu memberi taklimat ringkas.





Sabtu, 14 Ogos 2010

Tadarus Al quraan Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.


Satu Perjumpaan Ketua-Ketua Kampung Mukim 4, Simpang Kiri Batu Pahat telah diadakan di Kompleks Penghulu Mukim 4 pada 14.08.2010.
Perjumpaan itu adalah sebagai permulaan untuk mengadakan Tadarus Al-quraan Mukim 4, bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Di majlis tersebut, ketua-ketua kampung yang hadir telah membaca sebanyak 4 juzuk. Selebihnya dibahagi-bahagikan kepada beberapa ketua kampung dalam Mukim 4 Simpang Kiri.

Selain itu, ketua-ketua kampung Mukim 4 juga, akan menganjurkan kumpulan sembahyang tarawih di beberapa buah masjid di Mukim 4.

Penghulu Mukim 4, Tok Selamat turut serta dalam tadarus tersebut.


Mencari keredhaan di Bulan Barkah.


Di catatkan jadual untuk Ketua-Ketua Kampung Mukim 4.

MUKIM: Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.

PROGRAM : Membudayakan dan Tadarus Al-quraan Tahun 2010.

Taklimat Ringkas:

Tarikh : SABTU 14.08.2010.

Tempat : Kompleks Penghulu Mk. 4, Parit Raja Ahmad.

Kehadiran : 11 daripada 21 orang.

1. Tok Penghulu memberi penerangan dan taklimat mengenai perkara di atas.

2. KHATAM ALQURAAN peringkat MUKIM EMPAT ialah pada 04.09.2010 / 25 Ramadhan.

3. Tempat dan masa : Kompleks Penghulu Mk. 4, jam 8.30 pagi.

4. Semua Ketua Kampung Mukim 4, diminta hadhir .

5. Sebagai permulaan, 4 juzuk telah pun dibaca semasa mesyuarat/pertemuan pada 14.8.2010.

JADUAL JUZUK ALQURAAN YAG PERLU DIBACA OLEH KETUA KAMPUNG SEBAGAI TADARUS:

Bil.

KAMPUNG

JUZUK

Bil.

KAMPUNG

JUZUK

1.

Mampan

5

2.

Batu Puteh

6

3.

Pt. Haji Rasul

7

4.

Separap

8

5.

Lapis Maimon

9 dan 26

6.

Pt. Maimon

10

7.

Sungai Nibong Darat

11

8.

Pt. Mohamad

12 dan 28

9.

Pt Puasa

13

10.

Pt. Mustapha

14

11.

Pt. Othman

15 dan 27

12.

Pt. Laman

16

13.

Pt. Lapis Laman

17

14.

Sentang Batu

18

15.

Pt. Raja Ahmad

19

16.

Pt. Jalil

20

17.

Pt. Jawa

21 dn 29

18.

Pt. Betong

22

19.

Pt. Abd. Rahman

23

20.

Parit Ju

24

21.

Parit Ismail

25

22.

Tok Penghulu

30

PROGRAM SOLAT TARAWIKH MUKIM 4, SIMPANG KIRI BATU PAHAT.

Jadual lawatan :

Bil

Tarikh

Masjid Kampung

Bil

Tarikh

Masjid / Kampung

1.

4 Ramadhan/14 Ogos.

Masjid Jamek Kg. Batu Puteh (Darat)

2.

5 Ramadhan/

15 Ogos

Masjid Jamek Lapis Maimon.

3.

10 Ramadhan/ 20 Ogos

Masjid Jamek Pt. Othman

4.

11 Ramadhan

/ 21 Ogos

Masjid Jemek Lapis

Laman.

5.

12 Ramadhan/ 22 Ogos

Masjid Jamek Pt. Jawa.

6.

17 Ramadhan / 27 Ogos .

Surau Parit Abd. Rahman.

Diharap semua ketua kampung dapat hadir di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah.


Selasa, 22 Jun 2010

Seminar Keselamatan Jalanraya Daerah Batu Pahat


Penghulu Mukim Simpang Kiri, turut hadir.

Pejabat Daerah Batu Pahat telah menganjurkan satu Seminar Keselamatan Jalan Raya yang berlangsung di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, pada hari Selasa 22.06.2010.

Sessi soaljawab.

Seminar yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang itu telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta terdiri dari Pegawai-pegawai kerajaan dari Jabatan Kerajaan , Kakitangan Swasta, Kakitangan Sekolah, Penghulu, Ketua-ketua Kampung serta sebahagian JKKK Kampung Daerah Batu Pahat.

Diantara Tok Penghulu yang hadir.

Mukim 4 Simpang Kiri, Batu Pahat telah menghantar 5 orang wakil ke seminar tersebut, mereka terdiri dari Penghulu Mukim 4, iaitu Penghulu Selamat Bin Mohamad, Encik Wahit Bin Anuar, Ketua Kampung Kg. Mampan merangkap Setiausaha Mukim 4, Tn Haji Mohd Tahir Bin Ismail, Ketua Kampung Batu Puteh, Haji M. Said Bin Kamuri Ketua Kampung Lapis Maimon dan Encik Mohd Yusof Bin Haji Ghani, Ketua Kampung Parit Jawa.

Sikap positif pengguna jalanraya boleh mengurangkan kemalangan jalanraya.

Majlis diakhiri dengan majlis dialog diantara peserta dengan Pegawai Polis, Pegawai JPJ. Majlis penutupan rasmi dilakukan oleh Pegawai Daerah Batu Pahat merangkap
Pengerusi MKJR Daerah.


Selasa, 15 Jun 2010

Penghulu Baru Mukim 4, Simpang Kiri,BP.


Tok Penghulu Baru Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat.


Tok Penghulu Encik Selamat Bin Haji Mohammad.

Dimaklumkan bahawa mulai 1hb. Jun 2010, Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat telah mendapat Penghulu Baru iaitu Encik Selamat Bin Haji Mohammad, menggantikan Penghulu Encik Nor Rafizan Bin Abd. Rahman yang telah bertukar ke Mukim 7, Batu Pahat. Semoga Mukim 4 akan lebih maju dan bertambah makmur.